Showing posts with label Diari Menulis. Show all posts
Showing posts with label Diari Menulis. Show all posts

Monday, January 22, 2024

When Blogging Isn't Fun Anymore

Aku masih ingat lagi kali pertama buat blog pada tahun 2015. Tujuan utama untuk menulis diari dan berkongsi rasa melalui penulisan.

Tahun berganti tahun, banyak yang aku pelajari daripada menulis blog. 

Cuma kebelakangan ini, sejak covid melanda dunia. Aku merasakan bahawa menulis blog tidak lagi seronok seperti dulu. 

Aku rindu penulisan blog seperti dulu.

Aku rindu untuk berkongsi apa yang aku suka. 

Aku rindu menulis untuk diri aku. 

Jadi blogger sepenuh masa memenatkan. Dan tahun ini lagi memenatkan kesihatan mental aku. 

I want to quit but I love my blog so much! 😭 How can I quit? Blog yang kau dah jaga 8 tahun. Itulah sumber income aku yang mungkin bagi orang lain tidaklah seberapa. 

Aku rasa aku dah tak boleh catch up dengan dunia semasa sekarang. Masa bergerak terlalu pantas dan banyak sangat perubahan. 

Aku rindu mahu menulis macam dulu.