Friday, May 17, 2024

Selamat Pengantin Baru Sahabat

Dapat mesej dari sahabat dunia akhirat bakal melangsungkan pernikahan. Sejujurnya aku sangat gembira dan bersedih.


Gembira kerana akhirnya sahabat akan mengakhiri zaman bujangnya, Dan bersedih kerana tidak dapat datang ke majlis perkahwinannya.


Apabila mengenangkan perkenalan kami di sekolah menengah terlalu banyak suka dan dukanya. Dialah sahabat dunia akhirat.


Apabila aku ada masalah dia selalu ada. Susah dan duka aku dia selalu ada.


Hari dukanya ketika ayahnya meninggal dunia aku tidak dapat bersamanya. Dan hari bahagianya juga aku tiada bersamanya.

 

Sedih sebenarnya.


Walaupun berjanji akan selalu ada susah mahupun senang. Tetapi realitinya aku bukan selalu ada dengannya. 


Sahabat, maaf kerana tidak selalu ada disisi. Kini aku berasa lega kerana akhirnya beban dibahumu tidak lagi kau tanggung sendiri. 


Akhir kata, SELAMAT PENGANTIN BARU. 
Semoga perkahwinanmu bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah. 

0 comments:

Post a Comment